Bakhtiar_Mohd_Nor

Bakhtiar bin Mohd Nor (15 November 1962–11 Januari 2019)[1] ialah seorang ahli politik Malaysia dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau menjadi wakil rakyat di Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd Aziz daripada Barisan Nasional (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) pada Pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018[2] dengan undi sebanyak 23,428.[3][4] Beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat.[5]Beliau meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari 2019 akibat penyakit jantung pada jam 4.45 pagi.[6] Jenazah beliau dibawa pulang ke rumah keluarganya di Semenyih dan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.[7][8][9][10]

Bakhtiar_Mohd_Nor

Lahir 15 November 1962
Didahului oleh Dato' Johan Abdul Aziz
Pasangan Basirah Sardiq Muhammad
Digantikan oleh Zakaria Hanafi
Parti politik BERSATU
Meninggal dunia 11 Januari 2019(2019-01-11) (umur 56)
Hospital Kajang

Rujukan

WikiPedia: Bakhtiar_Mohd_Nor http://www.astroawani.com/berita-malaysia/adun-sem... http://www.kosmo.com.my/terkini/adun-semenyih-meni... http://dewan.selangor.gov.my/adun/profile/127 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/01/11... https://www.malaysiakini.com/news/460695 https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/410828/adu... https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/01/11/a... https://www.nst.com.my/news/nation/2019/01/449494/... https://www.sinarharian.com.my/article/6792/BERITA... https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/11/...