Hospital_Kajang

Hospital Kajang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kajang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia.Hospital Kajang mula beroperasi pada 1889. Hospital Kajang terletak dalam daerah Hulu Langat dan merupakan sebuah hospital daerah. Hospital Kajang mampu menempatkan seramai 306 pesakit di wad. Ia menawarkan perkhidmatan pakar dan turut memiliki perkhidmatan Haemodialysis yang mula beroperasi pada tahun 2000.Hospital ini telah berkembang maju selaras dengan pembangunan daerah Hulu Langat dari 250 katil pada tahun 1970-an kepada 306 katil pada masa kini. Dari segi struktur bangunan, hospital ini telah menerima bangunan tambahan peringkat demi peringkat. Dalam tahun 1910, pembinaan bangunan wad yang masih kekal sehingga kini., bangunan wad setinggi 4 tingkat pada tahun 1976.. Bangunan lain adalah blok Sajian Makanan (1983), Rumah Mayat (1985), blok Patologi (1992). Bangunan tambahan lain adalah melalui Projek Pembangunan Semula Fasa 2, Hospital Kajang telah dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia berjumlah RM14.1 juta dan telah siap pada tahun 1999. Ianya terdiri dari Wad Bersalin Kelas 1 & 2 (22 katil), Unit Rawatan Khas Bayi (20 katil), Dewan Bedah (3 bilik), Unit Rawatan Rapi (6 Katil), Wad Kanak-Kanak (25 katil) dan blok Rehabilitasi.Pada tahun 2009, Hospital Kajang telah menerima bangunan tambahan baru iaitu blok Pengimejan dan Diagnostik baru, Klinik Psikiatri dan Wad Psikitari.[1]