Bandai_Namco_Filmworks
Bandai_Namco_Filmworks

Bandai_Namco_Filmworks

Bandai Namco Filmworks Inc. (Jepun: 株式会社バンダイナムコフィルムワークス, Hepburn: Kabushiki gaisha Bandai Namuko Firumuwākusu), juga masih dikenali dengan nama lamanya Sunrise Inc., merupakan studio animasi Jepun yang ditubuhkan pada September 1972 dan bertapak di Ogikubo, Tokyo.[4] Antara nama-nama dahulu lain termasuk Soeisha, Sunrise Studio dan Nippon Sunrise.[5]Cawangan utamanya, Sunrise (サンライズ, Sanraizu), terkenal dengan siri-siri anime asli yang popular dan terpuji seperti Gundam, Cowboy Bebop, Space Runaway Ideon, Armored Trooper Votoms, Mashin Hero Wataru, Yoroiden Samurai Troopers, Future GPX Cyber Formula, Crush Gear Turbo, The Vision of Escaflowne, Love Live!, Witch Hunter Robin, My-HiME, My-Otome, Code Geass: Lelouch of the Rebellion, Tiger & Bunny, dan Cross Ange: Rondo of Angel and Dragon, di samping hasil-hasil adaptasi daripada novel ringan tersohor seperti Crest of the Stars, Dirty Pair, Horizon in the Middle of Nowhere dan Accel World, dan manga-manga seperti City Hunter, Inuyasha, Outlaw Star, Yakitate!! Japan, Planetes, Keroro, Gin Tama, dan Kekkaishi.Kebanyakan karya aslinya dicipta oleh kakitangan kreatif yang bergabung di bawah nama pena kolektif Hajime Yatate. Ia juga pernah mengendalikan studio permainan video Sunrise Interactive yang kini sudah ditutup. Sunrise melancarkan penerbit novel ringan Yatate Bunko Imprint pada 30 September 2016 untuk menerbitkan judul-judul asli serta menyara francais-francais sedia ada dengan bahan-bahan baharu.[6] Antara karya-karya Sunrise yang pernah memenangi anugerah Animage Anime Grand Prix termasuk Mobile Suit Gundam pada tahun 1979 dan separuh pertama 1980, Space Runaway Ideon pada separuh kedua 1980, Crusher Joe (terbitan bersama Studio Nue) pada 1983, Dirty Pair pada 1985, Future GPX Cyber Formula pada 1991, Gundam SEED pada 2002, Gundam SEED Destiny pada 2004 dan 2005, Code Geass: Lelouch of the Rebellion pada 2006 dan 2007, dan Code Geass R2 pada 2008, maka Sunrise merupakan studio yang memenangi anugerah Animage terbanyak.

Bandai_Namco_Filmworks

Industri Animasi dan penerbitan
Ibu pejabat Ogikubo, Suginami, Tokyo, Jepun
Laman sesawang rasmi bnfw.co.jp (BN Filmworks)
sunrise-inc.co.jp (Sunrise)
Nama dahulu Sunrise Studio Y.K.
有限会社サンライズスタジオcode: ja is deprecated
Nippon Sunrise Inc.
株式会社日本サンライズcode: ja is deprecated
Sunrise Inc.
株式会社サンライズcode: ja is deprecated
Ditubuhkan September 1972; 50 tahun yang lalu (1972-09)
Nama rumi Kabushiki gaisha Bandai Namuko Firumuwākusu
Bilangan kakitangan 293 (setakat April 2021) [1]
Pembahagian Sunrise
Bandai Visual
Emotion
Bandai Channel
Induk Bandai Namco Holdings
Anak syarikat Bandai Namco Music Live
Bandai Namco Pictures
Sunrise Beyond
Actas
Sotsu
Evolving GUNDAM
Nama asal 株式会社バンダイナムコフィルムワークス
Jenis Anak syarikat (Kabushiki gaisha, dahulunya yūgen gaisha)