Sejarah Bandar_Ketengah_Jaya

Pada tahun 1978, kawasan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di Bandar KETENGAH Jaya ialah Rancangan FELDA Kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu Rancangan FELDA Kerteh 6, Rancangan FELDA Kerteh 4 dan Rancangan FELDA Kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan FELDA ditambah iaitu Rancangan FELDA Kerteh 2 dan Rancangan FELDA Kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.