Sosioekonomi Bandar_Ketengah_Jaya

Sektor ekonomi penduduk di Bandar KETENGAH Jaya dijana melalui aktiviti perladangan, pertanian, keusahawanan dan penternakan. Sumber ekonomi utama mereka datang dari ladang-ladang kelapa sawit. Golongan muda pula lebih berminat makan gaji di sektor awam, swasta dan kontraktor. Sebahagian kecil penduduk mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti perniagaan seperti membuka bengkel motosikal, bengkel kereta, kedai tayar/rim kereta, kontraktor elektrik, kedai mobile phone, mini market, hardware, kedai jahit pakaian, kedai makan, kedai runcit dan juga warung-warung makanan.

Sektor pertanian adalah satu kegiatan ekonomi terpenting dalam menjana pendapatan penduduk di Bandar KETENGAH Jaya. Lebih daripada 1,400 hektar kawasan tanah rancangan digunakan untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. Setiap peneroka di tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengusahakan sekurang-kurangnya empat hektar tanah yang ditanam dengan kelapa sawit. Jenis kelapa sawit baharu yang ditanam di FELDA ini ialah sawit Ian Gambir. Sebelum itu, mereka menanam sawit jenis Dura. Buah kelapa sawit Dura mempunyai tempurung yang tebal, manakala sawit Ian Gambir mempunyai tempurung yang nipis. Sawit Ian Gambir adalah hasil kajian terbaru bio-teknologi yang menunjukkan kualiti minyaknya mempunyai mutu yang lebih baik berbanding sawit Dura.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang kepada pendapatan penduduk. Industri pembuatan sos cili, jeruk, cuka dan lain-lain merupakan antara perusahaan yang diusahakan oleh kaum hawa. Pengusaha-pengusaha IKS memperoleh bantuan daripada pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kerajaan negeri bagi membantu mereka meningkatkan perusahaan yang diusahakan.______________________________