Sejarah Bandar_Seri_Putra

Perbandaran yang hampir lengkap ini telah dibangunkan sejak tahun 1997 lagi oleh Bangi Heights Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat pemaju hartanah terkemuka UM Land Berhad. Terletak di atas kawasan seluas 898 ekar yang pada asalnya kawasan ladang kelapa sawit sebelum di majukan peringkat demi peringkat dengan pelbagai projek perumahan dan perniagaan.

Perbandaran terancang serta kedudukannya yang amat strategik di kedudukan paling selatan negeri Selangor Darul Ehsan menggamit puluhan ribu penduduk menjadikan Seri Putra sebagai kediaman mereka yang paling ideal. Perbandaran lain yang berhampiran ialah Bukit Mahkota di sebelah selatan, Bandar Baru Bangi di sebelah utara, Wilayah Persekutuan Putrajaya di sebelah barat dan KLIA Sepang serta Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di sebelah barat dayanya.