Bukit_Mahkota_Kajang

Bukit Mahkota adalah sebuah bandar perumahan yang terletak di daerah Kajang, di negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya telah dibangunkan oleh syarikat hartanah Lion Group Berhad.Bukit Mahkota terletak bersebelahan dengan Bandar Seri Putra yang dimajukan oleh syarikat hartanah UM Land Sdn Bhd. Ia bersempadanan dengan pekan Bangi di utara, bandar Semenyih di timur, Bandar Nilai di selatan serta Sepang di barat.Bandar ini dihubungkan terus dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban melalui plaza tol Putra Mahkota EXIT 213.Oleh kerana kedudukan Bukit Mahkota berdekatan dengan Bandar Seri Putra dan pekan Bangi, banyak Kemudahan awam yang terdapat di Bandar Seri Putra dapat dinikmati oleh penduduk Bukit Mahkota, antaranya:Bandar ini turut dilengkapi dengan:-Majoriti penduduk yang tinggal di bandar ini adalah Melayu Islam. Oleh kerana bilangan penduduk Islam yang semakin meningkat, sebuah masjid yang dinamakan Masjid At-Taqwa akan dibangunkan berdekatan bulatan jalan Seksyen 5 dan Seksyen 6.