Kemudahan Bandar_Sunway

Selama ini, Bandar Sunway berkembang menjadi sebuah komuniti yang banyak menikmati pelbagai kemudahan, seperti sekolah-sekolah, kolej-kolej, hospital, temapt beribadat, dan kawasan niaga yang giat seperti kompleks beli-belah Sunway Pyramid.

Bandar Sunway dihubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Shah Alam dan Petaling Jaya, serta perbandaran Subang Jaya dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Lembah Kelang Baru (NKVE), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan Lebuhraya Damansara-Puchong. Bandar Sunway juga boleh dicapai melalui rangkaian rel, iaitu KTM Komuter.

Bandar Sunway juga terkenal sebagai pusat pengajian tinggi dengan adanya tiga buah institusi utama di kawasan tersebut, iaitu Universiti Monash, Kolej Universiti Sunway, dan The One Academy.