Bandeirante
Bandeirante

Bandeirante

Bandeirante (terbitan kata Bahasa Portugis: bandeira "bendera", maka "pembendera" atau "pembawa bendera") ialah kelompok peneroka, peladang dan pelombong yang memainkan peranan utama meluaskan tanah jajahan di belah timur tengah dan selatan rantau Brazil benua Amerika Selatan, seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Tordesillas yang memisahkan ruang alam jajahan benua ini antara pihak-pihak empayar Portugis dengan empayar Sepanyol.[1] Menurut sejarawan Carvalho Franco, peneroka-peneroka ini banyak terdiri daripada warga keturunan pertama dan kedua petempatan Portugis di São Paulo diketuai kapten-kapten berbangsa Eropah tidak sahaja yang sebangsa malah dari bangsa-bangsa Galicia, Castilla, Baskuh dan Morisco Sepanyol serta sejauh Napoli, Toscana di Itali antara lainnya.[2]Kegiatan para bandeirante ini bertanggungjawab atas penghapusan ratus ribuan penduduk peribumi yang menduduki tanah Brazil pada zaman mereka.[3]