Budaya Bangsa_Uyghur

Agama

Kebanyakan Orang Uyghur merupakan pemeluk Islam Sunni, bermazhabkan Hanafi.

Bahasa

Terdapat persamaan pertuturan bahasa diantara orang Ugyhur dengan orang Uzbek dan Turki, ini kerana, bahasa yang ditutur adalah jenis Altaik. Selain penggunaan bahasa ini, bahasa Arab juga digunakan, ini adalah kerana bagi memudahkan pemahaman Al-Quran. Orang Uyghur berkebolehan berbahasa seperti bahasa-bahasa Cina, Rusia, Uzbek, Kazakh, Kyrgyz dan Turki, ini terjadi kerana orang Uyghur, menghuni dikawasan-kawasan berhampiran dengan negara-negara asal tersebut.

Pendidikan

Orang Uyghur yang ingin melanjutkan ke peringkat universiti, perlu memahami dan lulus peperiksaan bahasa Cina [3]

Makanan

Pemakanan orang Uyghur banyak berasas dari daging kambing dan biri-biri. Manakala, bekalan sumber karbohidrat datang dari roti dan Lamian.