Pengangkutan Bangsar

Bangsar mudah dicapai dari mana-mana tempat di Kuala Lumpur, cuma memerlukan 10 minit memandu dari pusat bandaraya. Bangsar juga dihubungkan ke Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan.

Lebuhraya Pantai Baru bermula di Jalan Bangsar dan melalui Pantai Dalam, Kuchai Lama, Jalan Klang Lama, Bandar Sunway dan berakhir di Subang Jaya. Lebuhraya Sprint di hujung utara Jalan Maarof berhubung ke Bukit Damansara, Jalan Duta, Sri Hartamas, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Damansara-Puchong dan beberapa kawasan subbandar di Petaling Jaya.

Agak susah untuk mencari tempat letak kereta di Bangsar. Meletak kereta di tepi jalan, sungguhpun murah, namun agak jarang. Meletak kereta berganda juga diterima sebagai amalan para pemandu. Parkir swasta boleh dijumpai di pusat komersial (kecuali di Lucky Garden), namun mahal juga tambangnya. Pada masa dahulu, pemandu kereta sering dibantu jaga kereta dan sekarang pula pembantu valet.

Stesen LRT Bangsar dan Stesen LRT Abdullah Hukum (Rapid KL Aliran Kelana Jaya) terletak di sepanjang Jalan Bangsar. Stesen LRT Kerinchi dan Stesen LRT Universiti juga turut berdekatan.

Memandu ke Bangsar dari KL Sentral mengambil 5 minit, dan hab pengangkutan utama tersebut terletak di Brickfields yang berdekatan.

Perkhidmatan bas yang melalui Bangsar adalah seperti berikut:

  • 621: (Rapid KL, dahulunya 5) KL Sentral - Bangsar LRT - Mid Valley - Lucky Garden - Bangsar Baru - Bukit Bandaraya - Bangsar Shopping Centre - Bangsar Park - Bangsar LRT - KL Sentral
  • 634: (Rapid KL, dahulunya 908B) Bangsar LRT - Bangsar Park - Bangsar Shopping Centre - Pusat Bandar Damansara - Jalan Semantan - Pusat Bandar Damansara - Bangsar Shopping Centre - Bangsar Park - Bangsar LRT
  • 309: (Triton Commuter) KL Sentral - Jalan Semantan - Mont Kiara - Pusat Bandar Damansara - Bangsar Shopping Centre - Bangsar Park - Bangsar LRT - KL Sentral

Banyak lagi perkhidmatan bas Rapid KL yang menuju pusat bandaraya dan negeri Selangor turut berkhidmat di Jalan Bangsar:

  • 516: KL Sentral - Bangsar LRT (menuju luar bandaraya sahaja) - Jalan Syed Putra - Mid Valley
  • 517: KL Sentral - Bangsar LRT - Lebuhraya Pantai Baru - Jalan Pantai Dalam
  • 518: KL Sentral - Bangsar LRT - Lebuhraya Pantai Baru - Jalan 1/112 - Jalan Pantai Murni (Hillpark) - Jalan Pantai Permai - Rumah Panjang
  • T64: KL Sentral - Bangsar LRT - Jalan Pantai Baharu - Lebuhraya Persekutuan - Persiaran Tengku Ampuan - Persiaran Selangor - Persiaran Sultan - Persiaran Jubli Perak - Persiaran Perusahaan - Persiaran Budiman (Seri Muda)
  • T80: KL Sentral - Bangsar LRT - Jalan Pantai Baharu - Lebuhraya Persekutuan - UiTM Shah Alam
  • T81: KL Sentral - Bangsar LRT - Jalan Pantai Baharu - Lebuhraya Persekutuan - Jalan Lapangan Terbang Subang - Jalan Bukit Badak (Subang Baru)

Peta rangkaian Kawasan 5 dan 6 Rapid KL menerangkan laluan bas tersebut secara terperinci.

Terdapat juga perkhidmatan Metrobus yang melalui Jalan Bangsar menuju terus ke Petaling Jaya dan Subang Jaya.

First Coach menawarkan perkhidmatan bas dari Lengkok Abdullah (berdekatan dengan Stesen LRT Bangsar dan Jalan Bangsar 7-Eleven) hingga ke Singapore's Novena Square (berdekatan Stesen MRT Novena).