Bangunan_Sultan_Ismail
Bangunan_Sultan_Ismail

Bangunan_Sultan_Ismail

Bangunan Sultan Ismail adalah dewan mesyuarat rasmi bagi para Ahli Dewan Negeri Johor.[1] Ia terletak di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor. Ia dibina dengan seni Moorish-Andalusian dan digabungkan dengan seni Melayu Johor. Terdapat dua bumbung telus cahaya yang utama, berbentuk seperti berlian dan sebuah lagi berbentuk buah nanas yang menjadi simbol kemakmuran ekonomi Johor.Ia merupakan parlimen yang pertama dibuka untuk kunjungan orang ramai bagi melihat sendiri mesyuarat para Ahli Dewan Negeri Johor.