Kota_Iskandar,_Johor
Kota_Iskandar,_Johor

Kota_Iskandar,_Johor

Kota Iskandar (dahulu Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor) atau juga digelar "Permata Mahkota" merupakan pusat pentadbiran baharu bagi kerajaan negeri Johor yang terletak di Iskandar Puteri. Berkedudukan kira-kira 25 kilometer dari Johor Bahru, Kota Iskandar terletak berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat Iskandar Malaysia yang turut menghubungkan Johor Bahru melalui Danga ke Iskandar Puteri dan PTP di bahagian barat serta Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di timur. Pembangunan Kota Iskandar merupakan fasa pertama dalam projek Iskandar Puteri yang sebahagian daripada perojek pembangunan Iskandar Malaysia. Pusat pentadbiran mengandungi bangunan Dewan Negeri Johor (Bangunan Sultan Ismail), Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bangunan Dato' Jaafar Muhammad) disamping kawasan Dataran Mahkota dan dua buah Kompleks Jabatan Negeri.[1]Kota Iskandar dibangunkan oleh Cahaya Jauhar Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Johor melalui usahasama Pejabat Setiausaha Negeri Johor (JSSI) dan sebuah syarikat GLC, UEM Land Berhad. Diilhamkan daripada seni bina di Istana Alhambra, seni bina bangunan di Kota Iskandar mengandungi ciri-ciri Moor-Andalusia dan Melayu-Johor dimana semua bangunan dibina menghadap kiblat.[1] Bangunan di situ juga mendapat pengaruh daripada seni bina Bugis, Jawa, Belanda, British dan kumpulan etnik peribumi tempatan.[2]