Banjir_Arab_Saudi_2009
Banjir_Arab_Saudi_2009

Banjir_Arab_Saudi_2009

Koordinat: 21°30′N 39°11′E / 21.500°N 39.183°E / 21.500; 39.183Pada tahun 2009, sebuah banjir besar menjejaskan kawasan Jeddah, di pantai Laut Merah (barat) Arab Saudi, dan kawasan-kawasan lain di wilayah Makkah.[2][3] Banjir ini telah disifatkan oleh para pegawai pertahanan awam sebagai yang terburuk dalam masa 27 tahun.[4] Tepat pada 29 November 2009, dilaporkan 106 orang telah terbunuh,[1] manakala 350 orang lagi hilang.[2] Sebilangan jalan raya ditenggelami sedalam satu meter pada 26 November, sementara kebanyakan mangsanya dipercayai lemas dalam kereta sendiri. Sekurang-kurangnya 3,000 buah kenderaan dihanyutkan atau dimusnahkan oleh banjir.[2][5][6] Bilangan mangsa terkorban dijangka meningkat setelah air bah surut untuk membolehkan pasukan penyelamat mencari kenderaan yang terkandas.[7]Hujan lebat berukuran lebih 90 milimeter (3½ inci) bercurah di Jeddah dalam masa empat jam sahaja pada 25 November,[2][5] iaitu hampir dua kali purata taburan hujan sepanjang tahun,[8] menjadikannya hujan yang terlebat di Arab Saudi dalam masa sedekad.[9] Banjirnya tiba dua hari sebelum Aidiladha[4] dan di tengah-tengah perarakan haji tahunan ke Makkah.[10] Kerugian perniagaan dianggarkan pada sebilion riyal (AS$270 juta).[note 1] Kawasan-kawasan perumahan kurang berpendapatan di selatan Jeddah teruk terjejas khususnya,[11][12] begitu juga kawasan sekeliling Universiti Raja Abdulaziz yang ditutup sempena cuti ketika berlakunya banjir, sekaligus mengelakkan ramai lagi mangsa terkorban.[13]

Banjir_Arab_Saudi_2009

Kerosakan SAR 1 juta (kerugian perniagaan sahaja)
Kematian 106 [1] (lebih 350 hilang)
Tempoh 25 November 2009
Kawasan terjejas Jeddah dan kawasan-kawasan lain di wilayah Makkah

Rujukan

WikiPedia: Banjir_Arab_Saudi_2009 http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=... http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=... http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://www.worldclimate.com/cgi-bin/data.pl?ref=N2... http://www.youtube.com/watch?v=bvCgCJCHwD4 http://www.alarabiya.net/articles/2009/11/30/92788... http://web.archive.org/web/20140221091045/http://w... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B... http://www.saudigazette.com.sa/index.cfm?method=ho... http://www.saudigazette.com.sa/index.cfm?method=ho...