Punca Banjir_Kilat_di_Kuala_Lumpur_2007

Sebuah banjir besar di Kuala Lumpur yang terletak di kawasan Masjid India (2007).
  • Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan hujan lebat di sekitar Selangor dan Lembah Kelang dan amaran peringkat ke-3 telah dikeluarkan. Angin kencang berikutan perubahan angin dari Angin Monsun Timur Laut ke Angin Monsun Barat Daya.
  • Punca banjir kali ini ialah hujan yang luar biasa lebatnya. Pemanasan global menyebabkan sesetengah kawasan di dunia menjadi lebih panas dan yang lain sejuk. Keadaan iklim menjadi tidak menentu. Banjir 1998 dikaitan dengan Fenomena La Nina.
  • Hujan lebat di hulu-hulu Sungai Kelang hulu Sungai Gombak menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur . Pembangunan pesat di hulu sungai dan di Kuala Lumpur menyebabkan air larian permukaan terlalu deras. Sedangkan hulu-hulu sungai ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor. Sungai Gombak dan Sungai Kelang bertemu di Masjid Jamek. Satu lagi sungai ialah Sungai Bonus.
  • Air sungai tidak dapat mengalir ke laut dengan cepat kerana halangan beberapa bangunan di Stesen LRT Masjid Jamek. Sungai terlalu sempit . 'Penyempitan' sungai berlaku dengan pembinaan bangunan-bangunan tinggi . Terdapat beberapa 'jeram binaan' di sepanjang sungai bagi mengindahkan sungai. Sepatutnya dasar sungai didalamkan. Contohnya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC).
  • Pelan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mengambil kira faktor iklim yang berubah 100 % ini. Tindakan bersifat ad-hoc yang diguna pakai tidak akan menyelesaikan banjir kilat. Bilion ringgit wang dibelanjakan tetapi hasil kosong. Bukan kekurangan bujet tetapi terlebih bujet. Pentadbiran terlalu birokrasi sementara swasta mengeruk untung.
  • Tahap persediaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghadapi banjir kilat masih pada ditakuk lama, tiada peruntukan besar . Tiada perubahan tindakan dinyatakan. Pegawai DBKL asyik tidak menyangka banjir kilat akan berlaku.
  • Bencana alam berpunca dari perbuatan manusia yang tidak mesra alam.
“Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).’’ (Quran:Rum:41).