Perayaan Batu_Caves

Lihat juga: Hari Thaipusam

Batu Caves terkenal dengan perayaan Thaipusam(Tamil: தைபூசம்). Ia menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu Malaysia, tetapi juga penganut Hindu di seluruh dunia seperti India,Australia,Singapura,Thailand dan Eropah.Selain itu, ia menjadi tarikan pelancong yang utama di Malaysia.Walaupun Thaipusam menyumbangkan dalam peningkatan pelancongan Malaysia ia hanya diikstiyarkan sebagai cuti umum di negeri Pulau Pinang,Perak,Selangor, Kuala Lumpur,Johor dan Negeri Sembilan. Pada tahun 2007, perayaan ini menarik lebih daripada 1.5 juta penganut, menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar dalam sejarah dunia.