Perosak Bawang_merah

Serangan ulat ratus (Spodoptera litura) ada tetapi kurang serius. Penyakit utama bawang ialah hawar daun atau tompok dan kawalan dengan Mancozeb boleh dijalankan. Penyakit lain ialah reput bawang akibat terendam atau serangan kulat. Serangan penyakit tompok ungu (Altenaria porri) boleh dikawal dengan racun kulat. Penyakit pucuk putih (White tips) boleh menyebabkan daun jadi kering dan hasil sangat kurang.

Khasiat

Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.[perlu rujukan]

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda. [perlu rujukan]

Masakan

Bawang merah adalah salah satu sayuran yang penting dalam bahan masakan Melayu, baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri makanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini di Malaysia masih tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama di saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi di Malaysia. Kebanyakkan stok bawang merah yang berada di pasaran Malaysia dimport dari negara India, bagi memenuhi permintaan tempatan di negara tersebut.[1][2]. Di Malaysia, masalah kekurangan stok bawang merah sering berlaku saban tahun khususnya di Sarawak,[3] ini kerana sektor pertanian bawang merah dijalankan secara kecil-kecilan di negara tersebut, tidak mampu menampung lambakan permintaan yang melebihi bekalan. Pengeluar utama bawang merah iaitu India pula sering mengalami masalah banjir yang menenggelamkan kebanyakkan ladang penanaman bawang merahnya, ini sekali gus mengakibatkan pengeluaran bawang merah di negara itu turut terjejas. Selain itu, harga siling bahan mentah makanan tersebut juga turut tidak menentu. Ini mendesak kerajaan Malaysia, untuk memikirkan langkah alternatif untuk menangani masalah ini antaranya mengesyorkan pengguna membeli bawang merah yang diimport dari Belanda atau China.[4]Daun bawang merah boleh digunakan sebagai tambahan rencah dalam masakan sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain.

Bawang merah.