Penuaian Bayam

Tanaman bayam boleh dituai 3-4 minggu selepas ditabur. Pokok bayam yang telah mencapai ketinggian kira-kira 20-25 cm boleh dituai dengan memotong atau mencabut dan ianya dikumpulkan. Bersihkan dengan membasuh bahagian akar dari kekotoran tanah sebelum dimasukkan kedalam bakul. Bayam adalah sayur daun yang mudah rosak jika tidak dipasarkan segera. Kajian saya di sekitar Muar, Melaka dan Johor Bahru mendapati anggaran hasil sekitar tanaman bayam adalah 1-2 kg/meter persegi atau 10,000 -20,000 kg/ha. Saya dapati tanaman Bayam di Kg Solok Tangkak pula mendapat purata berat hasil sekitar 12,000 kg sehektar dengan kekerapan 8-10 kali pusingan penanaman setahun.