Demografi Beaufort

Beaufort juga merupakan salah satu perhentian Kereta Api Negeri Sabah. Khidmat perubatan turut dibekalkan oleh hospital kerajaan. Terdapat juga tiga klinik swasta dalam kawasan bandar. Kawasan ini biasanya dilawati oleh pelancong dengan tujuan ingin berakit melalui Jeram Padas di Sungai Padas. Majoriti penduduk Beaufort adalah dari suku kaum Bisaya, Kedayan dan Melayu Brunei. Juga terdapat suku kaum Murut, Cina, Lun Bawang/Lun Dayeh dan Kadazan-Dusun yang menetap di dalam daerah ini.

Etnik di Beaufort - Bancian 2010 [1]
Etnikpercent
Bumiputera Lain (Bisaya)
  
39.86%
Melayu
  
21.20%
Kadazandusun
  
17.12%
Cina
  
5.75%
Bajau
  
5.18%
Murut dan Lun Bawang / Lundayeh
  
2.55%
Lain-Lain
  
2.04%
Bukan Warganegara
  
6.06%
salah satu kedai lama di Pekan Beaufort

Di sini juga terdapat pasar terbuka yang dikenali sebagai tamu. Ianya diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Pelbagai hasil keluaran tempatan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, daging, dan ayam hidup dijual. Hari tamu tersebut diadakan berbeza dari daerah lain. Beaufort juga terkenal dengan hidangan mee cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, yang dihidangkan secara kering atau berkuah.

Selain itu, Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, Carolina Utara.[2]