Ben_10
Ben_10

Ben_10

Ben 10 ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat rekaan kumpulan "Man of Action" (yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly dan Steven T. Seagle) terbitan Cartoon Network Studios.Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka iaitu Max. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Untuk menghilangkan rasa jemu, Ben merayau-rayau di hutan lalu ternampak sesuatu objek berupa meteor di langit malam yang jatuh menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah lenggai gergasi asing yang mempunyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar Omnitrix di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberikannya kebolehan untuk betukar kepada pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia tetap suka bermain-main dengan kuasanya itu.

Ben_10