Ben_10:_Alien_Force

Ben 10: Alien Force ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat yang direka oleh Dwayne McDuffie dan Glen Murakami serta studio "Man of Action" (kumpulan yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly, dan Steven T. Seagle), terbitan Cartoon Network Studios sebagai susulan kepada siri animasi Ben 10. Berlatarkan lima tahun selepas siri asal, jalan ceritanya menyaksikan watak-watak utama semakin matang, pengembaraan makin menggerunkan, kisah lebih rumit, dan berkurangan gelagat lucu.Siri ini yang asalnya diberi tajuk Ben 10: Hero Generation ditayangkan buat julung kali di Cartoon Network pada 18 April 2008 di Amerika Syarikat. Selepas tamat pada 26 Mac 2010 (di AS), siri ini disusuli pula dengan siri Ben 10: Ultimate Alien.