Pendidikan Benazir_Bhutto

Benazir belajar di Lady Jennings Nursery School[2] dan kemudian Sekolah Perempuan Jesus and Mary di Karachi, Pakistan.[3] Seterusnya di Rawalpindi Presentation Convent. Beliau lulus O-level ketika berumur 15 tahun.[4]

Dari 1969 hingga 1973, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Radcliffe College, Universiti Harvard di Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau lulus cemerlang dalam tesis perbandingan antara kerajaan dan dipilih menyertai Phi Beta Kappa.

Dari 1973 sehinggalah tahun 1977, Benazir belajar falsafah, politik dan ekonomi di Lady Margaret Hall, Universiti Oxford. Pada 1976 terpilih sebagai presiden Oxford Union, menjadikan beliau wanita Asia pertama mengetuai satu kelompok elit. Seterusnya Benazir menghadiri kursus Undang-Undang Antarabangsa dan Demokrasi di universiti yang sama.

Pada 8 Disember 1987 beliau berkahwin dengan Asif Ali Zardari di Karachi. Mereka mendapat tiga anak iaitu Bilawal, Bakhtwar dan Aseefa.