Pembunuhan Benazir_Bhutto

Mausoleum of Bhutto family at the family graveyard Garhi Khuda Bakhsh, where Benazir Bhutto and several members of her family are buried

Pada awal pagi 27 Disember 2007, Benazir bertemu dengan Presiden Hamid Karzai dari Afghanistan.[5] Beliau kemudiannya membuat suatu ucapan di sebuah rapat umum parti PPP di Taman Negara Liaquat, Rawalpindi pada sebelah tengaharinya.[6] Sewaktu beliau tiba menyambut para penyokongnya berdiri dari kenderaan kalis pelurunya,[7] seorang lelaki yang berdiri dalam 2 hingga 3 meter ddari kereta tersebut melepaskan tiga das tembakan ke arah beliau serta meletupkan jaket bom yang pada dirinya.[8] Benazir cedera parah, namun tidak dapat dipastikan sama ia dari bekas temabakan mahupun serpihan letupan.[9]

Benazir dibawa segera ke Hospital Awam Rawalpindi namun disahkan meninggal setelah tiba di hospital tersebut dangagal diselamatkan di sana.[10] Jenazah beliau dibawa ke Pangkalan Udara Chaklala tanpa sebarang autopsi dlakukan.[11] Beliau dikebumikan berseblahan kubur ayahnya di makam keluarga mereka di Garhi Khuda Baksh, berdekatan Larkana.[12]

Benazir Bhutto merupakan pemimpin wanita kedua terbunuh di Asia Selatan selepas Indira Gandhi. Benazir Bhutto menjadi sasaran serangan puak pelampau khususnya Taliban dan al Qaeda yang dendam terhadap pentabiran beliau pada masa lalu. Beliau dilihat bersekongkol dengan Amerika Syarikat sebagaimana Presiden Pervez Musharraf. Pilihan raya Pakistan 2008 yang dijadual akan diadakan pada 8 Januari 2008 akan semakin kacau dan huru-hara. Pervez Musharraf pasti akan dipersalahkan dalam insiden ini. Sebenarnya Musharraf telah memberi amaran beberapa kali akan ancaman daripada Taliban dan al Qaeda tetapi amaran itu tidak diendahkan oleh Benazir dan Nawaz Sharif.