Pervez_Musharraf
Pervez_Musharraf

Pervez_Musharraf

Pervez Musharraf (Urdu: پرویز مشرف‎‎; lahir 10 Ogos 1943) adalah seorang jeneral empat-bintang bersara dan ahli politik Pakistan. Beliau pernah menjadi Presiden Pakistan (2001 - 2008) dan Ketua Turus Tentera Darat Pakistan (1998 - 2007). Beliau mengambilalih tampuk pemerintahan pada 12 Oktober 1999 dengan menyisihkan Nawaz Sharif yang ketika itu menjadi Perdana Menteri. Kemudian kuasa Perdana Menteri dipindahkan kepada Presiden Pakistan.Pada 18 Ogos 2008, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan setelah mengalami tekanan oleh kerajaan campuran. Musharraf kemudian memilih tinggal di London selama empat tahun, sebelum kembali ke Pakistan pada 24 Mac 2013, bagi menyertai pilihan raya yang mendatang. Semasa di luar negara, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada beliau dan Shaukat Aziz, kerana dikatakan terlibat dengan pembunuhan Benazir Bhutto dan Akbar Bugti. Beliau kemudian tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pilihan raya 2013 oleh Mahkamah Tinggi pada April 2013.[1]

Pervez_Musharraf

Lahir (1943-08-10) 10 Ogos 1943 (umur 76)
Delhi, India British
Pangkat Jeneral
Didahului oleh Jehangir Karamat
Digantikan oleh Ashfaq Parvez Kayani
Pasangan Sehba Musharraf
Tahun perkhidmatan 1964–2007
Parti politik Liga Muslim Pakistan (Q) (sebelum 2010)
Liga Muslim Seluruh Pakistan (2010–kini)
Kesetiaan Pakistan
Anak-anak Ayla
Bilal
Perkhidmatan/cawangan  Tentera Darat Pakistan
Presiden Muhammad Rafiq Tarar
Perdana Menteri Zafarullah Khan Jamali
Chaudhry Shujaat Hussain
Shaukat Aziz
Muhammad Mian Soomro
Yousaf Raza Gillani

Rujukan

WikiPedia: Pervez_Musharraf http://www.aljazeera.com/news/asia/2013/04/2013419... http://timesofindia.indiatimes.com/world/pakistan/... http://www.ndtv.com/article/world/former-pakistan-... http://www.paktribune.com/musharraf-video.shtml http://www.washingtonpost.com/world/musharraf-arre... http://news.yahoo.com/musharraf-returns-pakistan-a... http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007... http://www.3news.co.nz/Musharraf-disqualified-from... http://web.archive.org/web/20101030171744/http://n... http://www.musharraffoundation.org/