Rekabentuk Bendera_Amerika_Syarikat

Spesifikasi

Nisbah ukuranTatarajah merangka rekaan bendera

Rekaan asas bendera ini diperincikan dalam 4 U.S.C. § 1; 4 U.S.C. § 2 di mana penambahan bilangan bentuk bintang diwajibkan untuk penambahan bilangan setiap negeri dalam Gabungan. Bendera yang digunakan untuk tujuan rasmi pemerintah menggunakan perincian berikut:

  • Panjang bendera (hoist): A = 1.0
  • Lebar bendera (fly): B = 1.9[1]
  • Panjang kanton ("union"): C = 0.5385 (A × 7/13, sepanjang tujuh jalur pertama)
  • Lebar kanton: D = 0.76 (B × 2/5)
  • E = F = 0.0538 (C/10)
  • G = H = 0.0633 (D/12)
  • Diameter bintang: K = 0.0616 (L × 4/5, jika L dibundarkan dahulu ke 0.077 maka jadi 0.0616)
  • Panjang jalur: L = 0.0769 (A/13)
Warna

Jenis warna merah, biru dan putih yang dipakai didasarkan kepada rincian diberi Persatuan Warna Amerika Syarikat (The Color Association of the United States, CAUS) di mana nama-nama warna ini secara rasminya ialah "White", "Old Glory Red", and "Old Glory Blue":[2]

Warna-warna rasmi[3]
NamaKiraan mutlak (absolute)Kiraan anggaran (relative)
CIELAB D65MunsellCIELAB D50sRGBGRACoL 2006
L*a*b*HV/CL*a*b*RGB8-bit hexCMYK
White88.7−0.25.42.5Y8.8/0.7100.00.00.01.0001.0001.000#FFFFFF.000.000.000.000
Old Glory Red33.951.224.75.5R3.3/11.139.957.328.7.698.132.203#B22234.1961.000.757.118
Old Glory Blue23.213.1−26.48.2PB2.3/6.126.911.5−30.3.234.233.430#3C3B6E.886.851.243.122

Perlambangan

Perlambangan kepada bendera ini tidak diberikan secara langsung sehinggalah beberapa lama kemudian. Semasa jata negara Amerika Syarikat mula difikirkan Charles Thomson, putih dalam catatan pernyataannya melambangkan kesucian, merah melambangkan keteguhan dan keberanian manakala biru melambangkan kesediaan, daya usaha dan keadilan.

Ronald Reagan sendiri mentakrifkan perlambangan warna-warna ini seperti berikut:

"Red for courage and readiness to sacrifice; white for pure intentions and high ideals; and blue for vigilance and justice."[4]

["Merah melambangkan keberanian dan kesediaan mengorbankan diri; putih untuk niat suci dan impian tinggi; dan biru untuk kesediaan dan keadilan."]