Putih
Putih

Putih

Putih ialah sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak, dan kekadangnya diperihalkan sebagai "warna akromatik"; hitam merupakan ketiadaan warna. Tanggapan cahaya putih boleh dicipta melalui pencampuran spektrum warna dasar, iaitu merah, hijau, dan biru, tetapi pencahayaan yang dihasilkan oleh teknik ini adalah jauh berbeza daripada pencahayaan yang dihasilkan oleh pijaran (sila lihat bawah).