Bendera_Kesatuan_Soviet
Bendera_Kesatuan_Soviet

Bendera_Kesatuan_Soviet

Bendera Negeri Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Bahasa Inggeris: State Flag of the Union of Soviet Socialist Republics, Bahasa Rusia: Госуда́рственный флаг Сою́за Сове́тских Социалисти́ческих Респу́блик, tr. Gosudárstvenny flag Soyúza Sovétskikh Sotsialistícheskikh Respúblik), dikenali secara lazim sebagai Bendera Soviet (Bahasa Inggeris: Soviet flag, Bahasa Rusia: Сове́тский флаг, tr. Sovétsky flag), merupakan bendera kebangsaan rasmi Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KRSS) dari tahun 1922 hingga 1991. Reka bentuk dan perlambangan bendera tersebut adalah berasal daripada beberapa sumber, tetapi muncul semasa Revolusi Rusia. Bendera tersebut juga sebuah lambang gerakan komunis secara keseluruhan. Nama-nama timangan bendera tersebut adalah Tukul dan Sabit (The Hammer and Sickle) dan Panji Merah (The Red Banner).

Bendera_Kesatuan_Soviet

Diterima pakai Disember 1922
(versi asal)
19 Ogos 1955
(versi terakhir digunakan)
Nama Bendera Kesatuan Soviet, Tukul dan Sabit (Hammer and Sickle); Merah dan Emas (Red and Gold); Panji Merah (The Red Banner)[1]
Nisbah 1:2
Dilepaskan 26 Disember 1991
Rekaan Sebuah bendera merah biasa dengan sebuah tukul dan sabit emas dan sebuah bintang merah bertepi emas di kanton atas.
Kegunaan Bendera negara, panji-panji awam dan negara [2]