Perihal Bendera_Negeri_Kelantan

Latar belakang bendera Kelantan yang berwarna Merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri, warna putih bermaksud kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam. Tombak dan Keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu Kelantan.

Sejarah

Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari kurun ke-18 sehingga tahun 1912.

Sejak kurun ke-18 hingga tahun 1912, Kelantan menggunakan bendera putih. Bendera ini menyerupai bendera negeri Terengganu.

Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen[1]

Selepas Kelantan menerima kehadiran penasihat British pada tahun 1909 (disebabkan Perjanjian Bangkok 1909). Pada tahun 1910 hingga 1923, Kelantan menggunakan bendera yang berlainan. Bendera ini digunakan sebagai panji-panji negeri Kelantan ketika pemerintahan Sultan Muhammad IV[2].

Bendera yang digunakan oleh kerabat diraja Sultan Kelantan pada tahun 1912-1923.

Bendera ini direkabentuk daripada kaligrafi ayat Quran yang membentuk seperti gambaran anjing Qitmir yang menjadi peneman pemuda Ashabul Kahfi, ada juga yang mengatakan ianya adalah bentuk seekor harimau . Dari selidikan yang dibuat, panji-panji ini dikenali sebagai Nasrun Min Allah dengan petikan ayat ke-13 Surah As-Saff

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنَّـٰتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ (١٣)-Maksudnya: Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
Bendera Kelantan yang digunakan dari 1924

Selepas pemansuhan bendera 1912-1923, Kelantan mula menggunakan bendera warna merah-putih baharu pada tahun 1924 semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Bendera ini digunakan secara rasminya hingga kini.