Sejarah Bendera_New_Zealand

Bendera rasmi pertama

The Flag of the United Tribes of New Zealand

Bendera pertama yang wujud direka khas untuk United Tribes of New Zealand, iaitu suatu persekutuan suku-suku Māori yang bersidang dengan pihak British diwakili James Busby di Waitangi, Northland. Bendera ini diiktiraf dan digazetkan di New South Wales pada bulan Ogos 1835.[2][note 1]

Bendera rasmi kedua

Bendera laut New Zealand, 1867–1869

Pada tahun 1866, pihak Tentera Laut British menasihatkan setiap jajahan yang mempunyai kapal-kapal tersendiri mengibarkan Bendera Biru United Kingdompanji laut diraja British disertakan dengan jata mewakili jajahan tersendiri[3] New Zealand tiada mohir atau jata sendiri pada ketika itu, maka mereka meletakkan huruf-huruf "NZ" pada panji mereka sendiri tahun 1867,[4]{{sfn|Mulholland|2016|p=54}

Bendera rasmi ketiga

Referendum 2015-2016

Rekaan sedia ada tidak begitu digemari sebagai lambang yang cocok untuk New Zealand atas beberapa faktor:

  • terlalu memberatkan hubungan New Zealand dengan United Kingdom yang sanggat renggang serta tidak berhasil membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat.
  • faktor mahu memerdekakan diri sebagai suatu republik bebas daripada kekuasaan United Kingdom.[5][6]
  • Pertindihan corak reka bentuk antara bendera-bendera Australia yang berjiranan dan New Zealand sehingga kedua-dua ia saling dikelirukan[7] [8]

Kesemua faktor ini mendorong pengusulan untuk mengubah bendera New Zealand ke rekabentuk yang baru sejak Mei 1973 dalam suatu perhimpunan agung diadakan Parti Buruh.[9]

Mereka yang membantah usulan ini mengatakan bahawa ramai rakyat New Zealand telah berperang dan gugur di bawah bendera ini; oleh itu ia tidak harus diubah. Rujuksuara di New Zealand menunjukkan bahawa majoriti penduduknya ingin mengekalkan bendera ini.