Iwi

Iwi [i-wi] (asalnya bermaksud "tulang"[1] dalam bahasa Māori tetapi juga dipadankan dengan "bangsa" / nation[2] atau "puak/suku" / tribe[3]) merupakan unit masyarakat terbesar yang ada dalam kalangan orang Māori iaitu peribumi New Zealand. Unit ini dibentuk secara simbolik didasarkan kepada kelompok-kelompok orang yang berhijrah dari Polinesia (terutamanya dari rantau Hawaiki) melalui suatu salasilah keluarga (whakapapa) dan kumpulan yang mendayung dalam perahu-perahu khas iaitu waka. Iwi-iwi ini memainkan peranan penting dalam masyarakat serta politik New Zealand moden lagi-lagi sebagai pemegang kuasa dalam hal pengurusan tanah berikutan penandatanganan Perjanjian Waitangi.Setiap iwi terdiri kepada beberapa unit mirip suku dipanggil "hapū"; banyak iwi-iwi ini diberi nama berhujung "Ngāti" [ngaa-ti], "Ngāi" [ngaai] (di Pulau Utara), "Kāti" [kaa-ti] atau "Kāi" [kaai] (di Pulau Selatan) yang bermaksud "peranakan".