IKIMfm
IKIMfm

IKIMfm

IKIMfm (dahulu dikenali sebagai IKIM.fm dan Radio IKIM)[1] merupakan sebuah stesen radio di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. IKIMfm merupakan stesen radio berunsur Islam pertama di Malaysia yang beroperasi selama 24 jam. IKIM.fm telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Kebanyakan program stesen radio ini adalah program berkaitan agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara Malaysia.Radio IKIM dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. Radio IKIM juga boleh didengari di Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, dan Narathiwat). Frekuensi stesen radio ini dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang) pada awal tahun 2000. Radio IKIM juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi laman sesawangnya.Pada tahun 2002, frekuensi Radio IKIM di Johor Bahru yang dipancar dari Gunung Pulai telah ditukar frekuensi daripada 107.9 MHz kepada 106.2 MHz.Pada 2010-an, Radio IKIM memperluaskan siaran ke Miri pada FM 104.0MHz, Lahad Datu pada FM 107.3MHz dan Tawau pada FM 100.7MHz untuk menyasarkan pendengar Muslim di kawasan tersebut. Selain itu, Radio IKIM menambah satu pemancar di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 102.7MHz untuk meliputi kawasan barat daya Pulau Pinang dimana pemancar Gunung Jerai FM 89.0MHz tidak dapat diterima di kawasan tersebut.Pada tahun 2016, frekuensi Radio IKIM di Kuching yang dipancar dari Bukit Djin telah ditukar frekuensi daripada 93.6 MHz kepada 93.7 MHz.Sekitar 95% program Radio IKIM dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan bahawa sekitar 786,000 orang pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.Pada Jun 2016, Radio IKIM menaik taraf pemancaran frekuensi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang FM 89.0MHz dengan memindah pemancar ke Upper Gunung Jerai, bagi meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang and Perak Utara yang membolehkan Pulau Pinang dan Perak Utara boleh menerima siaran Radio IKIM pada 89.0MHz dengan jelas. Sebelum ini, FM 89.0MHz tidak dapat diterima di Pulau Pinang dan Perak Utara, namun FM 89.0MHz pernah diganggu oleh stesen radio dari Thailand (Yala) di Pulau Pinang.Bermula 2 Februari 2024, logo Radio IKIM dijenamakan semula sebagai IKIMfm dan stesen radio ini bertukar tagline "Inspirasi Inforia Islami" ke "Inspirasi Utama Anda".

IKIMfm

Pemilik Institut Kefahaman Islam Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Format Radio keislaman
Kawasan penyiaran Malaysia, Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Narathiwat dan Pattani)
Slogan
  • Pilihan Utama Anda (06.07.2001 - 29.01.2019)
  • Inspirasi Inforia Islami (30.01.2019 - 01.02.2024)
  • Inspirasi Utama Anda (sejak 02.02.2024)
Frekuensi Berbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi)
Tapak web ikimfm.my
Bandar Kuala Lumpur
Tarikh siaran pertama 6 Julai 2001; 22 tahun yang lalu (2001-07-06)