Bendi,
kacang lendir atau
kacang bendir merupakan sejenis
buah yang dimakan sebagai
sayuran yang banyak ditanam di negara-negara
ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di
Malaysia kini dipercayai berasal dari
Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri
Johor,
Perak,
Kelantan serta
Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 390
hektar di tanam pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di daerah
Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk
pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalam
Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus
Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada
Abelmoschus.Bendi sesuai ditanam sebagai komoditi komersial dan tanaman keliling rumah dalam pasu atau polibeg sebagai satu
program Bumi Hijau.Bendi dipercayai
berasal dari kawasan
Asia Tenggara dan telah ditanam merata dunia termasuk
Afrika,
India dan
Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, rebus atau goreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat serbuk
kopi sementara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi
serat.