Karier Benedict_Cumberbatch

Teater

Sejak tahun 2001, Cumberbatch melakonkan pelbagai peranan utama dalam lakonan pentas klasik di Teater Regent's Park Open Air, Almeida, Royal Court dan Royal National. Beliau dicalonkan Anugerah Olivier bagi kategori Lakonan Terbaik dalam Peranan Sokongan untuk peranannya sebagai George Tesman dalam Hedda Gabler.[5] Pada bulan Jun 2010, Cumberbatch berlakon dalam pementasan After the Dance diarahkan oleh Thea Sharrock di Teater Royal National.[6]

Cumberbatch berlakon dalam pementasan The Children's Monologues di Teater Old Vic pada 14 November 2010. Pada bulan Februari 2011, Cumberbatch mula berlakon dalam pementasan Frankenstein di Teater Royal National.[7][8]

Cumberbatch merupaka sebahagian daripada ahli Royal National Theatre Company dalam 50 Years on Stage. Beliau melakonkan watak Rosencrantz dalam sebuah babak terpilih daripada pementasan Rosencrantz and Guildenstern Are Dead.[9] Cumberbatch kembali ke teater untuk melakonkan watak Hamlet di Teater Barbican.

Televisyen

Menjalani penggambaran Sherlock di Chinatown, London, Mac 2010

Peranan awal televisyen Cumberbatch termasuk dua peranan tetamu dalam Heartbeat (2000, 2004), Freddy dalam Tipping the Velvet (2002), Edward Hand dalam Cambridge Spies (2003) dan Rory dalam siri ITV, Fortysomething (2003). Beliau juga muncul dalam Spooks dan Silent Witness. Pada tahun 2004, beliau mendapat watak besar pertama dalam televisyen sebagai Stephen Hawking dalam filem Hawking. Beliau dicalonkan Anugerah TV bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan memenangi Golden Nymph untuk Filem Televisyen – Lakonan Terbaik oleh Pelakon Lelaki. Beliau kemudiannya menyuarakan watak Hawking dalam episod pertama siri televisyen, Curiosity. Beliau juga muncul dalam minisiri BBC, Dunkirk sebagai Leftenan Jimmy Langley.[10]

Pada tahun 2005, Cumberbatch melakonkan watak Edmund Talbot dalam minisiri, To the Ends of the Earth.[11] Beliau muncul dalam rancangan sketsa komedi, Broken News dan sitkom Channel 4, Nathan Barley pada tahun 2005. Beliau muncul bersama Tom Hardy dalam Stuart: A Life Backwards yang ditayangkan di BBC pada bulan September 2007.[12]

Pada tahun 2008, Cumberbatch melakonkan watak utama dalam minisiri BBC, The Last Enemy, mendapat pencalonan Anugerah Satelit bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Minisiri atau Filem TV. Pada tahun 2009, beliau muncul dalam Marple: Murder Is Easy sebagai Luke Fitzwilliam. Beliau melakonkan watak Bernard dalam Small Island, mendapatkan beliau pencalonan Anugerah TV BAFTA bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[13]

Cumberbatch muncul dalam The Turning Point,[14] yang disiarkan di Sky Arts. Beliau menyuarakan siri 6-bahagian, South Pacific yang ditayangkan dari bulan Mei sehingga Jun 2009 di BBC 2.[15]

Pada tahun 2010, Cumberbatch melakonkan watak Vincent van Gogh dalam Van Gogh: Painted with Words. Pada tahun yang sama, Cumberbatch mula melakonkan watak Sherlock Holmes dalam siri televisyen BBC/PBS, Sherlock.[16][17][18] Cumberbatch memenangi Anugerah Primetime Emmy bagi kategori Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Minisiri atau Filem untuk episod ketiga siri ketiga rancangan itu.[19] Pada bulan April 2015, Cumberbatch dicalonkan Anugerah Televisyen Akademi British keenamnya bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[20][21]

Pada tahun 2012, Cumberbatch membintangi minisiri, Parade's End bersama Rebecca Hall.[22][23] Cumberbatch mendapat pencalonan Anugerah Emmy keduanya bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Minisiri atau Filem TV.[24]

Pada bulan Februari 2014, Cumberbatch muncul bersama karakter Sesame Street, Murray dan Count von Count untuk PBS.[25] Pada bulan April tahun yang sama, ia telah diumumkan bahawa Cumberbatch akan melakonkan watak Richard III dalam The Hollow Crown.[26]

Filem

Pada tahun 2006, Cumberbatch melakonkan watak William Pitt the Younger dalam Amazing Grace. Beliau muncul sebagai peranan sokongan dalam Atonement (2007) dan The Other Boleyn Girl (2008). Pada tahun 2009, beliau muncul dalam filem biografi Darwin, Creation sebagai kawan Darwin, Joseph Hooker. Pada tahun 2010, beliau muncul dalam The Whistleblower. Beliau melakonkan watak Peter Guillam dalam Tinker Tailor Soldier Spy. Filem ini diarahkan oleh Tomas Alfredson serta dibintangi Gary Oldman dan Colin Firth.[27] Cumberbatch melakonkan watak Major Jamie Stewart dalam War Horse pada tahun 2011.[27]

Pada tahun 2012, Cumberbatch menyuarakan watak Smaug the Dragon dan Necromancer dalam An Unexpected Journey.[28] Beliau menyambung wataknya sebagai Smaug dan Necromancer dalam The Desolation of Smaug (2013) dan The Battle of the Five Armies (2014).[29][30]

Ketika tayangan perdana Los Angeles untuk The Hobbit: The Desolation of Smaug, Disember 2013

Pada tahun 2013, Cumberbatch muncul dalam Star Trek Into Darkness sebagai Khan.[31][32] Tiga daripada empat filem dibintangi oleh beliau semasa separuh kedua tahun 2013 dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto: The Fifth Estate, dimana beliau berlakon sebagai pengasas WikiLeaks, Julian Assange, 12 Years a Slave sebagai William Prince Ford dan August: Osage County sebagai Charles Aiken.[33]

Pada bulan Januari 2014, Gary Oldman mengesahkan bahawa Cumberbatch, Ralph Fiennes dan Amanda Seyfried akan membintangi projek arahan beliau seterusnya, Flying Horse.[34][35][36] Cumberbatch mempunyai peranan suara dalam Penguins of Madagascar yang ditayangkan pada 26 November 2014 di AS.[37][38]

Cumberbatch membintangi The Imitation Game sebagai Alan Turing, ditayangkan di AS pada 28 November 2014. Lakonan beliau mendapatkannya pencalonan Anugerah Golden Globe, BAFTA, SAG dan Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[39][40][41]

Pada bulan Mei 2014, beliau menyertai barisan pelakon Black Mass dibintangi Johnny Depp.[42] Pada bulan Ogos 2014, ia telah diumumkan bahawa beliau akan menyuarakan watak Shere Khan dalam Jungle Book: Origins.[43]

Pada bulan Disember 2014, Marvel Studios mengesahkan Cumberbatch telah dipilih untuk watak Doctor Strange dalam filem Doctor Strange, dijadual ditayangkan pada bulan November 2016.[44]

Rujukan

WikiPedia: Benedict_Cumberbatch http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=36561... http://augustosagecountyfilm.com/#/cast http://www.bbcamerica.com/anglophenia/2013/04/the-... http://www.bookish.com/articles/from-sherlock-to-s... http://www.broadwayworld.com/article/BWW-Profile-B... http://www.businesswire.com/news/home/201408210060... http://thecolbertreport.cc.com/videos/509747/smaug http://collider.com/jj-abrams-star-trek-2-3d-inter... http://deadline.com/2011/06/benedict-cumberbatch-t... http://deadline.com/2012/01/star-trek-sequel-hires...