Watak-watak Berlalu_Bersama_Angin

  • Scarlett O'Hara – protagonis utama, seorang anak perempuan Selatan yang mengikut caranya sendiri
  • Rhett Butler – suami ketiga Scarlett, yang diperlihat sebagai seorang lelaki yang tidak beradab tertib, dan agak mengejutkan
  • Ashley Wilkes – lelaki yang Scarlett minat, tetapi yang kemudian berkahwin dengan Melanie
  • Melanie Hamilton Wilkes – isteri Ashley, seorang wanita yang beradab tertib serta kakak ipar dan kawan Scarlett yang (tanpa pengetahuan Scarlett) merupakan pesaing untuk kasih sayang Ashley
  • Mammy – ibu susu Scarlett, seorang abdi wanita yang merupakan pengiringnya
  • Gerald O'Hara – ayah Scarlett, seorang yang berasal dari Ireland; pemilik ladang Tara
  • Ellen O'Hara – ibu Scarlett
  • Suellen & Careen O'Hara – adik-adik perempuan Scarlett
  • Charles Hamilton – abang Melanie dan suami pertama Scarlett yang pada asalnya merupakan tunang Honey, adik perempuan Ashley
  • Frank Kennedy – pada asalnya merupakan kekasih Suellen (kakak Scarlett), serta suami kedua Scarlett
  • Mak Saudara Pittypat (Pitty) – mak saudara Melanie dan Charles yang Scarlett menumpang di Atlanta semasa peperangan
  • Belle Watling – kawan Rhett dan seorang pelacur yang kaya, tetapi tidak diendahkan oleh wanita-wanita yang beradab tertib.
  • Will Benteen – seorang askar Negeri-negeri Gabungan yang miskin dan cacat dengan satu kaki dipotong; watak ini muncul di ladang Tara dengan pneumonia pada Bahagian Tiga cerita dan akhirnya berkahwin dengan Suellen, walaupun dia cinta akan Careen
  • Beau Wilkes – anak lelaki Melanie dan Ashley yang kelahirannya disambut oleh Scarlett
  • Wade Hamilton – anak lelaki Scarlett dan Charles
  • Ella Kennedy – anak perempuan Scarlett dan Frank
  • Eugenie Victoria "Bonnie" Butler – anak perempuan Scarlett dan Rhett