Negeri-negeri_Gabungan_Amerika
Negeri-negeri_Gabungan_Amerika

Negeri-negeri_Gabungan_Amerika

Negeri-Negeri Gabungan Amerika (juga dipanggil Konfederasi, Negeri-Negeri Konfederasi, dan CSA) merupakan kerajaan yang ditubuhkan oleh 11 negeri-negeri selatan di Amerika Syarikat dari 1861 hingga 1865. Tujuh buah negeri mengisytiharkan kemerdekaan dari Amerika Syarikat sebelum Abraham Lincoln menjadi presiden; empat lagi berbuat demikian selepas Perang Saudara Amerika bermula dengan Pertempuran Fort Sumter apabila CSA menyerang USA. Pihak (Kesatuan) atau Kesatuan Amerika Syarikat menolak perpecahan itu dan enggan mengiktiraf kemerdekaan Gabungan. Walaupun tiada kuasa Eropah yang mengiktirafkan CSA secara rasmi, namun Britain mengambil kesempatan komersial dengan menjual kapal perang kepada CSA ini dan membawa kapal bekalan untuk membantu CSA.Apabila Robert E. Lee serta panglima-panglima lain mengaku kalah pada musim bunga 1865, gabungan negeri ini hancur dan menamatkan peperangan itu tanpa peperangan gerila. Proses pembinaan semula yang sukar dan lama memberi hak sivil secara sementara dan hak mengundi, mengusirkan bekas pemimpin-pemimpin Konfederasi daripada pejabat, dan menerima semula bekas negeri-negeri Konfederasi ke dalam Kongres Amerika Syarikat selama-lamanya.

Negeri-negeri_Gabungan_Amerika

18601 1,995,392 km2 (770,425 bt2)
Status Gabungan
Ibu kota Montgomery, Alabama
(sehingga 29 Mei 1861)
Richmond, Virginia
(29 Mei 18612 April 1865)
Danville, Virginia
(bermula 3 April 1865)
Pemerintahan Republik
• 18601 9103332
• Permulaan Perang Saudara 12 April 1861
Bandar terbesar New Orleans
(4 Februari 18611 Mei 1862) (ditawan)
Richmond
(1 Mei 1862–menyerah diri)
Agama Kebanyakannya Protestan & Katolik
Bahasa lazim Bahasa Inggeris (de facto)
• Hamba2 3521110
Sejarah  
Presiden  
Mata wang Dolar CSA
(hanya wang kertas dikeluarkan)
• Penyerahan Penyerahan
Naib Presiden  
• Penubuhan GabunganPenubuhan Gabungan 4 Februari 1861