Anda mesti tambahkan parameter |sebab=
ke dalam templat ini - gantikannya dengan berikut: {{Rapikan|reason=<Sebab kamu disini>}}
, atau padamkan templat ini.Protestan merupakan satu cabang
Kristian yang berpecah daripada Gereja Roman
Katolik yang semakin cenderung kepada keduniaan dalam satu siri gerakan yang tercetus pada kurun ke-16 di Eropah yang dikenali sebagai gerakan
Reformasi. Anggaran terkini menganggar jumlah umat Protestan di seluruh dunia telah mencecah 800 juta orang. Nama agama ini berasal dari perkataan Inggeris "Protest" yang bermaksud membangkang. Ia merujuk kepada sekumpulan Putera dan Bandar Imperial yang memprotes "
Diet of Speyer" 1529 untuk menarikbalik keputusannya pada 1526 dan menguatkuasakan kembali "
Edict of Worms" 1521. Keputusan utama dalam Diet pada 1526 ini ialah selagi Majlis Awam atau General Council belum berjumpa dan menyelesaikan isu-isu teologi yang dibangkitkan oleh Martin Luther, "Edict of Worms" tidak boleh dikuatkuasakan dan setiap Putera boleh membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak ajaran dan pemujaan cara Lutheran di wilayah mereka masing-masing berdasarkan prinsip
Cuius regio, eius religio atau "Siapa yang memerintah, itulah agamanya". Namun atas desakan gereja Roman Katolik, keputusan ini telah ditarik balik.Pencetus reformasi ini ialah
Martin Luther, seorang
paderi Augustinia dan profesor di Universiti Wittenberg, yang menyeru pembukaan debat berkenaan penjualan "indulgences" dimana taubat seorang itu diterima sekiranya dia melakukan sesuatu untuk menebus dosanya. Penjualan ini digunakan secara berleluasa sewaktu
Perang Salib untuk menggalak rakyat Kristian menentang tentera
Islam.
Jean Calvin merupakan penyokong kuat
fahaman bawaan Luther lalu mengembangkan aspek-aspek ajaran beliau, buah pemikiran ini merupakan tonggak utama dalam mempengaruhi beberapa kumpulan di
Switzerland,
Scotland,
Hungary,
Jerman dan beberapa tempat lain. Pemisahan
Gereja England dari
Rom dititah
Raja Henry VIII yang memerintah
Kerajaan England, bermula 1529 hingga 1536, menandakan kemasukan England ke dalam gerakan reformasi ini.Walaupun penganut Protestan percaya kepada
Yesus Kristus sebagai anak
Yahwe, mereka dan juga penganut Kristian
Ortodoks tidak mengiktiraf kuasa biskop Rom (iaitu
Paus), dalam perkara yang berkait dengan ajaran agama Kristian.