Martin Luther (
10 November 1483 -
18 Februari 1546) merupakan
paderi Jerman dan ahli
teologi Kristian dan kemudiannya
pengasas kepada
Gereja Lutheran, gereja pertama
Protestan, pecahan daripada Roman Katolik. Beliau juga merupakan tokoh terkemuka bagi
Reformasi.Selepas Luther tamat belajar ilmu
falsafah di
Universiti Erfurt, pada tahun 1505 beliau memasuki Order of Augustins sebagai paderi. Luther mengaji teologi dan bahasa silam di Erfurt. Pada tahun 1512, beliau mendapat kedoktoran teologi di
Wittenberg dan memulakan syarahannya berkenaan
Mazmur (Psalms) dan
Surat Paul.Pada Oktober 1517 Luther menulis
95 Dalilnya yang bertajuk Disputatio pro declaratione virtutis indulgentiarum ("Pertikaian dan Pengusulan mengenai Kuasa dan Kemustajaban Pengampunan"), walaupun dia tidak meletakkannya Gereja Wittenberg sebagaimana dikatakan legenda, tetapi menerbitkan salinannya[
Penjelasan diperlukan]. Tulisan tersebut mencabar ajaran Gereja Barat mengenai asas menghapuskan dosa (nature of penance), kuasa
Paus dan pengampunan (indulgences) dalam tulisannya.Kajian mengenai Surat Paul, terutamanya
Surat kepada Rom, memberikan idea sola fide kepada Luther. Hanya keyakinan boleh menyelamatkan manusia yang diberikan
Tuhan dan kebanyakan adat gereja dengan itu tidak berguna dan patut dibuang kerana beliau menyebabkan banyak perkara buruk.Pada mulanya Luther percaya bahawa beliau boleh
membentuk semula Gereja Rom dari dalam dengan Tesisnya, tetapi Paus menganggap pendapatnya sebagai
sesat dan mengeluarkannya daripada jemaah Katolik dengan akta Exsurge Domine pada 15 Jun 1520. Pada Oktober Luther membakar bull di khalayak ramai dan menunjukkan kesungguhannya bahawa dia tidak akan taat kepada Gereja kecuali mereka menurut kata-katanya.
Maharaja Charles V merasmikan persidangan imperial Diet of Worms pada 22 Januari 1521. Persidangan ini merupakan peluang terakhir Luther untuk mengakui bahawa apa yang diajarnya adalah salah. Bagaimanapun, Luther tetap mempertahankan ajarannya. Selepas persidangan Diet, Luther diistiharkan sebagai
orang buangan oleh Diet.Dengan bantuan rakannya, Luther menyorok di Istana Kota Wartburg, berhampiran
Erfurt. Dalam istana kota tersebut, dia menterjemah
Kitab Injil Perjanjian Baru daripada bahasa
Yunani kepada
Jerman. Kemudian, dia juga menterjemah
Perjanjian Lama kepada bahasa Jerman.Luther mengasaskan ajarannya sendiri dengan rakannya
Philip Melanchton dan meninggal pada tahun 1546.