Diet Beruang_Madu

Permakanan beruang madu kebanyakannya terdiri daripada invertebra dan buah-buahan tetapi sebagai maserba mereka akan makan sejumlah besar makanan termasuk vertebra kecil, seperti mengkarung, burung, dan penyu, telor, pucuk pokok palma, sarang lebah, beri, pucuk, akar, dan buah kelapa. Malah, beruang madu telah dilihat makan lebih dari 100 spesies serangga dan lebih dari 50 spesies tumbuhan.[9]

Sungguhpun mampu memakan banyak spesies, beruang madu mempunyai sumber makanan kegemaran. Ini dipaparkan dalam satu kajian di mana anai-anai, semut, kumbang dan larva kumbang membentuk sejumlah besar invertebra yang dimakan, sementara buah pokok Ara merupakan sumber buah paling penting yang dimakan.[10]

Kegemaran beruang madu terhadap madu memberi namanya. Rahangnya yang berkuasa mampu membuka kelapa. Cakarnya yang berkuasa dan panjang digunakan bagi memecah batang kayu dan balak tumbang bagi mencapai madu, pucuk dan anai-anai. Kebanyakan makanan beruang madu dikesan melalui deria bau kerana penglihatannya yang lemah.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Beruang_Madu http://animals.nationalgeographic.com/animals/mamm... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... http://www.cfc.umt.edu/GrizzlyBearRecovery/Publica... http://www.cfc.umt.edu/GrizzlyBearRecovery/pdfs/Wo... http://arktofile.net/pages/bear_sun.html http://www.arkive.org/species/GES/mammals/Helarcto... http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/powla... http://www.iucnredlist.org/details/9760 http://www.sandiegozoo.org/animalbytes/t-sun_bear.... http://sunbears.wildlifedirect.org/