Geografi Bessarabia

Peta Bessarabia, Moldova

Bessarabia bersempadan dengan wilayah Dniester di bahagian utara dan timur dan wilayah Prut di bahagian barat serta Sungai Danube dan Laut Hitam di bahagian selatan. Kawasan ini berkeluasan 45,630 km2 (17,620 bt2).[1]. Bessarabia dikenali sebagai kawasan bertanah subur dan kaya dengan sumber mineral dan batu galian. Aktiviti pertanian merupakan sumber utama di sini, di mana majoriti penduduk menanam tebu, gandum, bunga-bungaan, buah-buahan, tembakau, berih jagung dan anggur hitam untuk dijadikan arak wain. Selain itu, mereka juga menternak lembu dan kambing biri-biri. Wilayah utama merangkumi beberapa bandar antaranya:

  1. Chișinău, yang merupakan bekas bandar kerajaan Bessarabia, kini dikenali sebagai ibu negara Moldova.
  2. Khotyn
  3. Lipcani, Briceni, Soroca, Bălți, Orhei, Ungheni, Tighina dan Cahul (kini milik Moldova).
  4. Reni dan Kilia (kini milik Ukraine)
  5. Izmail dan Bilhorod-Dnistrovs'kyi, nama asalnya Cetatea Albă dan Akkerman (kini kedua-duanya milik Ukraine).

Rujukan

WikiPedia: Bessarabia http://depts.washington.edu/cartah/text_archive/cl... http://www.cartier.md/carti/du%C8%99manul-de-clas%... http://dacoromania.net/book/ http://bessarabia.altervista.org/ http://www.rtrfoundation.org/webart/JewsBessarabia... http://www.rtrfoundation.org/webart/massacresbessa... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B... https://books.google.com/books?id=RREDAwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=UD8iAQAAIAAJ https://books.google.com/books?id=p4odAAAAMAAJ