Kerajaan Besut

Besut ditadbir oleh sebuah kerajaan tempatan iaitu Majlis Daerah Besut. Ia dipimpin oleh Yang Dipertua dan pada masa ini dijawat oleh Ab Rasid bin Jusoh.[1] Kawasan di bawah majlis ini meliputi 73.82 kilometer persegi (18,240 ekar) iaitu 90 peratus keseluruhan kawasan daerah; penduduk di bawahnya adalah seramai 53,793 orang pada tahun banci 1991.[3] Besut dirancang untuk dinaik taraf menjadi sebuah daerah perbandaran menjelang tahun 2022.[petikan diperlukan]

Besut diwakili dalam Parlimen Malaysia oleh sebuah kerusi iaitu Parlimen Besut (P33). Ahli Parlimen Besut sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) ialah YB Datuk Seri Idris Jusoh dari Barisan Nasional.[4]

Bagi peringkat negeri, Besut diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu oleh empat kerusi iaitu.

  • N01 Kuala Besut.

YB Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.BN UMNO.

  • N02 Kota Putera.

YB Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.PAS.

  • N03 Jerteh.

YB Muhammad Pehimi Yusof.BN UMNO.

  • N04 Hulu Besut.

YB Nawi Mohamad.

BN UMNO.