Bette_Davis
Bette_Davis

Bette_Davis

Ruth Elizabeth "Bette" Davis (/ˈbɛti/; 5 April 1908 – 6 Oktober 1989) merupakan pelakon Amerika Syarikat-Inggeris. Selepas muncul dalam pementasan Broadway, Davis berpindah ke Hollywood pada tahun 1930. Filem-filem terawal beliau bersama Universal Studios (dan sebagai yang dipinjam keluar kepada studio lain), tidak berjaya. Pada tahun 1932, beliau bersama Warner Bros.. Filem pertama beliau bersama Warner, Marked Woman (1937) telah melayakkan beliau memenangi Piala Volpi di Festival Filem Venice 1937.[2] Beliau turut pernah membintangi Jezebel (1938), The Old Maid (1939) bersama Miriam Hopkins, Juarez(1939) bersama Paul Muni, dan The Private Lives of Elizabeth and Essex (1939).Davis merupakan pengasas bersama Hollywood Canteen, dan menjadi presiden wanita pertama Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Beliau pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi sebanyak dua kali dan individu pertama yang mendapat 10 kali pencalonan untuk lakonan selain wanita pertama menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup dari Institut Filem Amerika Syarikat. Pada tahun 1999, Davis disenaraikan di tempat kedua di belakang Katharine Hepburn untuk senarai legenda wanita terhebat perfileman Hollywood klasik oleh Institut Filem Amerika Syarikat.Berkahwin sebanyak empat kali, beliau pernah menjadi balu sekali dan bercerai hidup sebanyak tiga kali. Tahun-tahun terakhir beliau dicemari dengan masalah kesihatan yang berpanjangan, namun beliau terus berlakon seketika sebelum meninggal dunia akibat barah payudara pada 6 Oktober 1989 di usia 81 tahun.

Bette_Davis

Dikebumikan Forest Lawn—Hollywood Hills Cemetery
Pekerjaan Pelakon
Pasangan Harmon Nelson
(k. 1932; c. 1938)
Arthur Farnsworth
(k. 1940; m. 1943)
William Grant Sherry
(k. 1945; c. 1950)
Gary Merrill
(k. 1950; c. 1960)
Anak 3, termasuk Barbara Sherry
Tahun aktif 1929–1989
Meninggal dunia 6 Oktober 1989(1989-10-06) (umur 81)
Neuilly-sur-Seine, Perancis
Sebab kematian Barah payu dara
Kelahiran Ruth Elizabeth Davis
(1908-04-05)5 April 1908[1]
Lowell, Massachusetts, A.S.

Rujukan

WikiPedia: Bette_Davis http://www.bettedavis.com/ http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0000012/ http://www.news-sentinel.com/living/2017/10/24/tin... http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://www.thenedscottarchive.com/galleries/film-s... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p073175943