Sejarah Bibimbap

Nama Bibimbap diguna pada awal kurun ke-20. Dari Zaman Joseon (1392–abad ke-16) hingga ke abad ke-20, Bibimbap dipanggil Goldongban, yang bermaksud hidangan nasi yang disaji bersama campuran makanan lain. Hidangan ini secara tradisinya dimakan pada malam tahun baru lunar memandangkan orang ketika itu merasakan mereka perlu menghabiskan saki baki lauk atau hidangan sampingan sebelum tahun baru atau perlu membuangnya. Penyelesaian ini iaitu memasukkan sekali saki baki ke dalam nasi dan digaul bersama mengelakkan dari sebarang pembuangan dan pembaziran.[5] Bibimbap juga dianggap hanya dimakan oleh petani semasa musim bertani kerana ia adalah kaedah yang paling mudah untuk disediakan bagi sejumlah ramai orang. Bibimbap, turut dikenali sebagai Goldongban ketika itu, yang disajikan kepada raja sebagai santapan tengah hari atau santapan antara hidangan ringan.[6]

Bibimbap mula disebut dalam Siuijeonseo, buku masakan pada lewat abad ke-19.[7][8] Buku tersebut membernya nama 부븸밥 (bubuimbap).[9] Sesetengah ahli sarjana menegaskan yang bibimbap berasal dari amalan tradisi yang mencampukan semua makanan yang dijadikan persembahan pada upacara jesa di dalam mangkuk sebelum ambil bahagian.[10]

Sejak lewat abad ke-20, bibimbap mula tersebar di negara lain, disebabkan mudahnya penyediaan santapan ini. Ia juga disajikan dalam beberapa penerbangan yang menghubungkan Korea Selatan.

Rujukan

WikiPedia: Bibimbap http://travel.cnn.com/explorations/eat/readers-cho... http://100.empas.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=2... http://cafe.naver.com/marketingrepublic/132 http://www.wikimama.com/recipe/Bibimbap http://www.youtube.com/embed/SqnON1xrSjo http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?idxno=2013012... http://english.bibigo.co.kr/store/storeGlobalList.... http://jbfood.go.kr/juhtml/fstory/main.html?thid=4... http://folkency.nfm.go.kr/eng/twelvemonths.jsp?id=... http://folkency.nfm.go.kr/sesi/dicParser.jsp?DIC_I...