Kepelbagaian Bibimbap

Jeonju bibimbap

Variasi hidangan ini, dolsot bibimbap (돌솥 비빔밥, dolsot bermaksud "periuk batu"), disajikan dalam mangkuk batu yang sangat panas yang di dalamnya telur mentah akan masak apabila mengena sisi mangkuk tersebut. Mangkuk itu amat panas sehingga apa sahaja yang menyentuhnya akan berdesir untuk beberapa minit. Sebelum nasi diletakkan di dalam mangkuk tersebut, bahagian bawahnya disadur dengan minyak bijak, menjadikan lapisan nasi yang menyentuh mangkuk tersebut menjadi perang dan rangup.

Bandar Jeonju, ibu kota Jeolla Utara, Wilayah di Korea Selatan,[2] terkenal di serata negara itu dengan versi bibimbapnya yang tersendiri,[11] yang dikatakan disandarkan kepada sajian diraja ketika Zaman Dinasti Joseon.[3]

Versi bibimbap lain turut dipanggil hoedeopbap, yang menggunakan makanan laut mentah seperti ikan tilapia, salmon, tuna atau kadangkala kurita, tetapi setiap mangkuk nasi hanya mengandungi sejenis pilihan makanan lauk sahaja. Istilah hoe pada nama hidangannya bermaksud ikan mentah. Hidangan ini populat di persisiran pantai di Korea yang erdapat banyaknya ikan.[petikan diperlukan]Di samping itu, terdapat pelbagai jenis lagi bibimbap, seperti bibimbap tauge, bibimbap herba liar, dan bibimbap bass mangkuk besar.

Rujukan

WikiPedia: Bibimbap http://travel.cnn.com/explorations/eat/readers-cho... http://100.empas.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=2... http://cafe.naver.com/marketingrepublic/132 http://www.wikimama.com/recipe/Bibimbap http://www.youtube.com/embed/SqnON1xrSjo http://www.asiae.co.kr/news/view.htm?idxno=2013012... http://english.bibigo.co.kr/store/storeGlobalList.... http://jbfood.go.kr/juhtml/fstory/main.html?thid=4... http://folkency.nfm.go.kr/eng/twelvemonths.jsp?id=... http://folkency.nfm.go.kr/sesi/dicParser.jsp?DIC_I...