Hoe_(makanan)
Hoe_(makanan)

Hoe_(makanan)

Hoe (Sebutan bahasa Korea: [ɸø] ~ [ɸe]) boleh merujuk kepada pelbagai hidangan makanan mentah dalam masakan Korea. Saengseon hoe[1] (생선회) atau "Hwareo hoe" (활어회) adalah ikan mentah atau makanan laut mentah lain dihiris nipis (sama dengan sashimi Jepun); yukhoe (육회) adalah hoe dibuat dengan daging lembu mentah[2] dan diperisakan dengan kicap, minyak bijan dan wain beras; dan gan hoe (간회) adalah hati lembu mentah dengan sos minyak bijan dan garam.Hoe ikan biasanya dicelup dalam sos gochujang pedas dipanggil chogochujang (초고추장), sos Ssamjang (쌈장), atau wasabi, dan dibungkus dalam salad dan daun perilla Korea.Apabila orang menghabiskan hidangan saengseon hoe di sebuah restoran, mereka adakalanya memesan maeuntang (gulai ikan pedas, dari baki daging dan kepala ikan) bersama-sama dengan pelbagai sayur-sayuran.

Hoe_(makanan)

Hanja
Hangul
McCune–Reischauer hoe
Perumian Semakan hoe