Salad
Salad

Salad

Salad ialah sejenis hidangan yang dihidang dalam jumlah yang kecil, yang sering digaul bersama sos.[1][2]) Salad boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuklah sayuran, buah, daging yang telah dimasak, telur dan bijirin. Salad taman lazimnya menggunakan sayur daun sebagai bahan asas; lazimnya penggunaan perkataan salad itu sendiri merujuk khusus kepada salad taman itu. Jenis yang lain termasuklah salad kacang, salad tuna, fattoush, salad Greek, and salad somen.Sos yang digunakan untuk memperisakan salad sering dipanggil sos salad atau kuah salad; iaitu termasuklah yang terkenal seperti ranch, Thousand Island, dan vinaigrette.Kebanyakan salad dihidang sejuk, walaupun sesetengahnya, seperti salad kentang Jerman, dihidang suam. Sesetengah menganggap kepanasan hidangan itu menjadikannya satu faktor ia tidak termasuk dalam kategori salad, sebagai contoh kaserol, inti sandwich atau lebih tepat lagi, nama bahan yang menjadi ramuannya.Salad boleh dihidang pada bila-bila masa semasa suatu seperti: