Etimologi Salad

Salad daun hijau dengan ikan dan roti

Perkataan "salad" datang dari bahasa Perancis salade yang bermaksud sama, juga dari bahasa Latin salata (masin), dari sal (garam). Dalam bahasa Inggeris, perkataan ini mula muncul sebagai "salad" atau "sallet" pada kurun ke-14. Penggunaan dalam bahasa Melayu mula muncul apabila penjajah terutama kaum elit British mula memperkenalkan jenis hidangan ini di Tanah Melayu yang kemudiannya ditiru oleh orang kebanyakan dan diwarisi sehingga kini.

Garam sering dikaitkan dengan salad kerana sayur diperisakan dengan air garam atau kuah cuka dan minyak yang masin ketika zaman Rom kuno.[3]