Kaserol
Kaserol

Kaserol

Kaserol (Bahasa Inggeris: casserole, Bahasa Perancis: pengecil casse, daripada cassa Provençal iaitu "kuali"[1]) adalah bekas hidangan yang lengkuk dalam dan besar yang digunakan kedua-dua di dalam ketuhar dan sebagai bekas sajian. Perkataan ini juga digunakan untuk makanan yang dimasak dan dihidangkan di dalam bekas tersebut,dengan alat memasak itu sendiri dipanggil pinggan kaserol atau kuali kaserol.Kaserol di Amerika Syarikat atau benua Eropah biasanya terdiri daripada kepingan daging (seperti ayam) atau ikan (seperti tuna), pelbagai sayur-sayuran dicincang, bahan pengikat berkanji seperti tepung, nasi, kentang atau pasta, dan biasanya topping rangup atau berkeju.[2] Cecair terbebas daripada daging dan sayur-sayuran semasa memasak, dan cecair tambahan dalam bentuk stok, arak, bir (sebagai contoh lapin à la Gueuze), gin, sider, atau jus sayur-sayuran boleh ditambah apabila hidangan itu dicampurkan sekali.Kaserol biasanya dimasak perlahan-lahan di dalam ketuhar, sering tidak ditutup bekasnya. Ia boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan, dan boleh dihidangkan di dalam bekas ia dimasak. Di United Kingdom, Australia dan New Zealand, kaserol dinamakan sempena bekasnya, dan bukan kandungannya. Kaserol di negara berkenaan adalah hampir serupa dengan stew. Perbezaannya ialah apabila daging dan sayur-sayuran diperangkan di atas dapur,mereka kemudian dimasak di dalam cecair di dalam ketuhar, dalam piring tertutup, menghasilkan daging yang lembut dan enak selepas dimasak perlahan dalam jangka masa yang lama. Memandangkan habanya adalah tidak langsung, peluang untuk ia terbakar adalah kurang.