Bichon_Havana
Bichon_Havana

Bichon_Havana

Bichon Havana[lower-alpha 1] atau anjing Havana[lower-alpha 2] satu baka jenis bichon, iaitu anjing kebangsaan Cuba, yang dikembangkan daripada blanquito de la Habana ("anjing putih kecil Havana") yang kini pupus. "Anjing putih kecil" ini diturunkan daripada bichon Tenerife yang kini juga pupus. Anjing putih kecil ini dipercayai kemudiannya membiak secara silang dengan jenis bichon lain, termasuk pudel, untuk menghasilkan yang kini dikenali sebagai anjing Havana. Anjing ini kadang-kadang dirujuk sebagai "anjing sutera Havana", namun ini merupakan baka terpisah, yang telah dibiakbakakan untuk memenuhi piawaian asli Cuba.Anjing Havana bersaiz kecil dan berstruktur tegap dengan ekor yang terangkat ke atas belakangnya dan telinga yang labuh dan terlipat. Lapis bulunya lebat, panjang, dan bak sutera, dan terdapat dengan semua warna.[1] Anjing Havana mempunyai keperibadian bersemangat dan pembawaan ingin tahun dan terkenal kerana gaya jalan bagai pegas, ciri yang membezakan baka ini daripada semua yang lain.[5] Anjing Havana dianggap sebagai anjing peliharaan keluarga unggul dan anjing teman sejati.[1] Ia sangat mudah menyesuaikan diri terhadap hampir apa-apa persekitaran. Oleh sebab keperluan sosialnya yang kuat, anjing Havana tidak akan bertahan dalam persekitaran yang melibatkan pengasingan selama berjam-jam setiap hari.

Bichon_Havana

Negara asal Cuba[1] (AKC) / Rantau Laut Tengah Barat[2][3][4] (FCI)
Tinggi 9 in (23 cm)
Berat 7–14 lb (3–6 kg)
Bulu lembut
Pengelasan dan piawaianFCI
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}}(Piawaian)
TraitBeratTinggiBuluWarnaJangka hayat
Trait
Berat7–14 lb (3–6 kg)
Tinggi9 in (23 cm)
Bululembut
Warnasemua warna
Jangka hayat14–16 tahun
Jangka hayat 14–16 tahun
Warna semua warna
Nama lain Anjing Havana
Bichon Cuba Havana
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}}