Bichon Havana[lower-alpha 1] atau
anjing Havana[lower-alpha 2] satu baka
jenis bichon, iaitu anjing kebangsaan
Cuba, yang dikembangkan daripada blanquito de la Habana ("anjing putih kecil Havana") yang kini pupus. "Anjing putih kecil" ini diturunkan daripada
bichon Tenerife yang kini juga pupus. Anjing putih kecil ini dipercayai kemudiannya
membiak secara silang dengan jenis
bichon lain, termasuk
pudel, untuk menghasilkan yang kini dikenali sebagai anjing Havana. Anjing ini kadang-kadang dirujuk sebagai "anjing sutera Havana", namun ini merupakan baka terpisah, yang telah dibiakbakakan untuk memenuhi piawaian asli Cuba.Anjing Havana bersaiz kecil dan berstruktur tegap dengan ekor yang terangkat ke atas belakangnya dan telinga yang labuh dan terlipat. Lapis bulunya lebat, panjang, dan bak sutera, dan terdapat dengan semua warna.
[1] Anjing Havana mempunyai keperibadian bersemangat dan pembawaan ingin tahun dan terkenal kerana gaya jalan bagai pegas, ciri yang membezakan baka ini daripada semua yang lain.
[5] Anjing Havana dianggap sebagai anjing peliharaan keluarga unggul dan
anjing teman sejati.
[1] Ia sangat mudah menyesuaikan diri terhadap hampir apa-apa persekitaran. Oleh sebab keperluan sosialnya yang kuat, anjing Havana tidak akan bertahan dalam persekitaran yang melibatkan pengasingan selama berjam-jam setiap hari.