Big_Hit_Music

Big Hit Music (Hangul: 빅히트 뮤직; sebelum ini dikenali Big Hit Entertainment) ialah sebuah agensi hiburan dan label rakaman Korea Selatan diasaskan pada 1 Februari 2005, oleh Bang Si-hyuk. Pada tahun 2021, agensi ini menguruskan penyanyi solo Lee Hyun dan kumpulan idola BTS dan TXT, - dahulunya merupakan tempat penyanyi solo Lim Jeong-hee, dan kumpulan 8Eight, 2AM dan Glam.Ia kemudian dijenamakan semula menjadi Big Hit Music oleh syarikat induknya HYBE Corporation, sebelum ini Big Hit Entertainment Co., Ltd.[1]